Sermon: 3 Alasan Kebangkitan Yesus itu Penting

English | Bahasa Malaysia

Selamat pagi. Saya rasa amat gembira kerana dapat bersama anda semua di Gereja Baptis Gerik (GBG) hari ini. Nama saya Joash dan kami adalah pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia yang sedang mempelajari jurusan kejuruteraan di Pulau Pinang. Kami berada di sini untuk melayani Kampung Kentak dan Kampung Lawin bersama dengan Pastor Fendi. Saya rasa amat kagum dengan hati Pastor Fendi yang ingin membawa Berita Baik Tuhan Yesus kepada Orang Asli di seluruh Malaysia.

Hari ini, kita meraikan Hari Kebangkitan Yesus dengan penuh kesukaan. 2000 tahun yang lalu, Yesus Kristus telah mengorbankan dirinya di atas salib untuk menyelamatkan kami daripada dosa. Tetapi Dia bangkit semula tiga hari kemudian. Mengapa Tuhan Yesus perlu mati untuk kita? Mengapa kebangkitannya begitu penting sekali? Hari ini, saya akan bagi 3 alasan kebangkitan Yesus begitu penting.

1. Yesus bangkit untuk mengubah takdir manusia iaitu kematian selama-lamanya.
Jika kita sudah dipersatukan dengan Kristus kerana kita ikut mati dengan Dia, maka kita akan dipersatukan dengan Dia juga kerana kita ikut dihidupkan semula seperti Dia. Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi. Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa. Jika kita sudah mati bersama-sama Kristus, kita percaya bahawa kita pun akan hidup bersama-sama Dia. Hal itu demikian, kerana kita tahu bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Dia tidak akan mati lagi; kematian tidak berkuasa atas-Nya lagi. 
Roma 6:5-9
Jikalau Yesus tidak datang ke bumi, ke manakah kita akan pergi selepas kematian kita? Firman Tuhan berkata kita akan ditinggalkan di neraka, iaitu kematian selama-lamanya, tanpa harapan untuk diselamatkan. Yohanes 3:18 mengatakan bahawa kita sudah dihukum tanpa Kristus, Penyelamat kita. Itulah sebabnya kebangkitan Yesus sangat penting. KebangkitanNya menawarkan kita harapan keselamatan yang kukuh dan pasti. Roma 6 mengingatkan kita bahawa kita yang mempercayaiNya akan dibangkitkan seperti Dia membangkit. Oleh sebab Kristus telah memusnahkan kuasa kematian dengan kebangkitanNya, maka kita tidak akan mati lagi. Kita akan hidup selama-lamanya bersama Yesus, terselamat daripada bara api neraka. Itulah sebabnya, kita bersuka dan meraikan Hari KebangkitanNya.

2. Yesus bangkit untuk menunjukkan semua manusia kebesaranNya, kemuliaanNya dan kuasaNya.

Kebangkitan Yesus adalah pertunjukan  kuasa Allah yang paling besar dalam sejarah manusia. Tiada orang yang pernah berbuat demikan dan tiada yang akan dapt berbuat demikian. Untuk membangkitkan seseorang itu daripada kematian kepada hidup abadi, memerlukan seseorang itu mempunyai kuasa dan perintah ke atas kematian dan kehidupan. Kita semua kenal Siapa itu: Allah Tuhan. Kebangkitan Yesus telah menunjukkan kuasa Allah kepada semua ciptaanNya.

Kebangkitan Yesus turut menunjukkan kuasa Allah untuk mengubah sikap manusia. Pada malam (Jumat Agung) [I messed up here, I used Paskah which is for Easter. I meant to say Good Friday], Petrus, Murid Yesus yang kuat bercakap dan setia telah menyangkal Yesus sebanyak 3 kali sebelum ayam berkokok. Terlihat dengan keadaan Yesus yang terhina, Petrus berasa takut dan kehilangan imannya terhadap Yesus. Tetapi pada Hari Kebangkitan, Petrus yang penakut telah diubah sepenuhnya apabile melihat Yesus yang telah bangkit dan sihat. KebangkitanNya memberikan keyakinan dan iman kepada Petrus yang telah menjadi berani dalam ajaran Firman Tuhan dan akhirnya mati disalibkan kerana Berita Baik Yesus. KebangkitanNya mengubah sikap manusia yang degil.

3. Yesus bangkit untuk mendorong pengikutNya untuk memberitakan Injil daripada Allah kepada seluruh umat manusia.
Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia...... Pengikut-pengikut Yesus pergi mengkhabarkan Berita daripada Allah di serata tempat. Tuhan bekerja bersama-sama mereka dan melalui tanda-tanda itu, Dia membuktikan bahawa perkhabaran mereka benar. 
Markus 16:15,20
Kebangkitan Yesys telah membolehkan satu perkara: penyebaran ajaran Kristus ke seluruh dunia. KebangkitanNya memberi makna dan asas kepada Injil. Yesus mengesahkan mesej Injil, iaitu kebangkitan dan hidup abadi adalah mungkin dalam Kristis. KebangkitanNya menyakinkan dan mendorong muris-muridnya untuk memberitakan Injil ke mana-mana sahaja. KebangkitanNya penting supaya kita dapat keluar dari banguan gereja dan memberitakan Injil kepada mereka yang belum pernah mendengarinya. Adakah kebangkitan Tuhan Yesus mendorong anda untuk berkongsi Injil dengan orang lain? Marilah kita bersama-sama mematuhi perintah Yesus dan memberitakan Injil.

Yesus adalah Alasan kita meraikan Hari Kebangkitan. Dialah Alasan kita hidup dan Dialah Alasan kita bersuka pada hari ini. Mari kita berdoa. 

Comments

Popular posts from this blog

November? No, Remember! Part 4

Stand for Judas

Heavenly Disconnected