Sermon: 3 Alasan Kebangkitan Yesus itu Penting
English | Bahasa Malaysia Selamat pagi. Saya rasa amat gembira kerana dapat bersama anda semua di Gereja Baptis Gerik (GBG) hari ini. Nama saya Joash dan kami adalah pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia yang sedang mempelajari jurusan kejuruteraan di Pulau Pinang. Kami berada di sini untuk melayani Kampung Kentak dan Kampung Lawin bersama dengan Pastor Fendi. Saya rasa amat kagum dengan hati Pastor Fendi yang ingin membawa Berita Baik Tuhan Yesus kepada Orang Asli di seluruh Malaysia. Hari ini, kita meraikan Hari Kebangkitan Yesus dengan penuh kesukaan. 2000 tahun yang lalu, Yesus Kristus telah mengorbankan dirinya di atas salib untuk menyelamatkan kami daripada dosa. Tetapi Dia bangkit semula tiga hari kemudian. Mengapa Tuhan Yesus perlu mati untuk kita? Mengapa kebangkitannya begitu penting sekali? Hari ini, saya akan bagi 3 alasan kebangkitan Yesus begitu penting. 1. Yesus bangkit untuk mengubah takdir manusia iaitu kematian selama-lamanya. Jika kita sudah diper...